twitter
rss



Sila jawab soalan di bawah berdasarkan gambar. Selamat menjawab.
















1) Sila namakan haiwan liar di atas?

2) Dimanakah haiwan-haiwan ini berada?

3) Haiwan-haiwan berikut mempunyai berapa kaki?

4) Apakah makanan haiwan-haiwan di atas?

5) Selain haiwan ini tinggal di hutan,dimanakah lagi 
tempat yang membolehkan kita melihat haiwan
tersebut?

Harimau ternampak Sang Kancil duduk di bawah sepohon pokok. Pada ranting pokok itu ada sarang tebuan.

“Hah, Sang Kancil ! Puas aku cari kamu, sekarang baru bertemu,” kata harimau. “Apalagi yang kamu hendak, harimau?” tanya Sang Kancil. “Aku nak makan kamu,” kata harimau. “Nak makan aku? Eh, sekarang tak boleh, harimau,” kata Sang Kancil .
Sang Kancil memberitahu dia sedang menjalankan perintah Raja Sulaiman.

“Aku diperintahkan menunggu benda ini,” kata Sang Kancil sambil menunjukkan ke arah sarang tebuan.
Sang Kancil memberitahu harimau itulah gong Raja Sulaiman.
“Baginda akan mendengar bunyi gong ini apabila baginda hendak ke hutan,” kata Sang Kancil. “Tentu sedap bunyi gong raja,” kata harimau. “Sudah tentulah. Siapa yang mendengarnya akan rasa gembira,” kata Sang Kancil sambil memandang ke arah sarang tebuan itu.

Harimau meminta Sang Kancil memalu gong itu kerana ia sangat ingin mendengarnya. Sang Kancil tidak mahu kerana katanya ia hanya diperintahkan supaya menjaganya, dan bukan memalunya.
“Tolonglah, Sang Kancil. Palulah gong raja itu. Baginda bukan ada di sini,” kata harimau merayu. “Tak boleh. Kalau aku palu gong ini, bermakna aku tak jujur,” kata Sang Kancil. “Bagaimana kalau aku yang memalunya,”kata harimau.

Sang Kancil terdiam. Dia berfikir seketika.
“Baiklah harimau. Jika kamu ingin memalu gong raja ini, biarlah aku pergi jauh dari sini,” kata Sang Kancil.
Sang Kancil memberikan sebatang kayu kepada harimau.
“Palulah gong itu dengan kayu ini apabila aku suruh,” kata Sang Kancil.
Sang kancil pergi dari pokok itu. Apabila sudah jauh,ia berteriak dengan kuat,
“Harimau, palu!”

Harimau pun memalu sarang tebuan itu. Wah, apabila sarangnya dipalu, maka keluarlah semua tebuan itu lalu menyengat harimau.
“Aummmm!” Harimau mengaum dengan kuatnya. Dia meraung kesakitan. Semua tebuan itu menyerang seluruh badannya. Harimau lari dengan lajunya. Akan tetapi tebuan-tebuan terus mengejarnya. Mujurlah ia terjumpa sungai. Ia pun terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan dirinya.

Mari Mengenal Pasti Haiwan Liar

  

             H A R I M A U                                                                                  K A N C I L



                                       

                   S I N G A                                                                               G A J A H


                   

       O R A N G   U T A N                                                                        B A D A K



        Z I R A F A H